1. Untuk memunculkan bentuk ibadah berupa doa, yang sebelumnya tidak pernah nampak.
2. Untuk meredakan nafsu manusia yang cenderung melampaui batas.
3. Untuk membangkitkan kesedaran manusia untuk menyayangi dan mendoakan orang yang tertimpa musibah.
4. Untuk menunjukkan adanya anugerah yang nilainya jauh lebih besar daripada musibah itu sendiri, kerana musibah yang menimpa seseorang jauh sangat kecil jika dibandingkan dengan besarnya nilai anugerah yang bakal diberikan kepadanya. Seseorang yang ditimpa musibah akan diberi keampunan atas dosa-dosa dan kesalahannya dan akan diberi pahala oleh Allah SWT.
5. Jika seseorang hamba telah mengetahui bahawa semua hal yang telah disebutkan di atas adalah hikmah yang dapat dipetik daripada adanya musibah, nescaya dia akan tenang, tenteram, tidak akan gelisah dan tidak akan berputus asa tatkala mendapat musibah.
Firman Allah: "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar [39]:10)
Dipetik daripada buku La Tahzan innAllaha Ma'ana (Jangan Bersedih, Allah Bersama Kita)
No comments:
Post a Comment