Pages

Resipi Brownies Kedut Yang Mesti Dicuba!

Hanya perlukan beberapa bahan sahaja anda sudah mampu menikmati Brownies Kedut yang enak!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda suka makan Brownies tetapi tidak tahu bagaimana cara penyediaannya? Hari ini kami kongsikan cara mudah penyediaan Brownies. Hanya perlukan beberapa bahan berikut dan siap untuk di nikmati seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-

400gm dark chocolate

150gm butter

100gm gula kastor

100gm gula perang

4 biji telur A

1 tsp esen vanilla

100gm tepung naik sendiri

30gm serbuk koko



CARA PENYEDIAAN:-

1. Cairkan dark chocolate dan butter menggunakan kaedah double boil.

2. Gaul rata gula perang, gula kastor, telur dan esen vanilla mengguna wirewhisk.

3. Ayak tepung naik sendiri dan juga serbuk koko.

4. Masukkan adunan telur ke dalam adunan coklat, kacau perlahan.

5. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati.

6. Masukkan dalam loyang petak 10inci x 10 inci yang telah diglis dengan butter dan greaseproof paper.

7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan awal dengan suhu 160c selama 30 minit.

8. Bila dah masak, tutup suis oven dan biarkan kek dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sikit selama 15 minit.

9. Potong selepas kek sudah sejuk dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba! :)

editor

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment