ramai yang mudah mempercayai cerita rekaan dan menularkannya tanpa bertanya lanjut
CYBERJAYA: S.Sumita mendapat 10A dalam peperiksaan PT3. Seorang pelajar lain yang cemburu padanya telah menghasut teman lelakinya untuk mengikatnya pada batu-bata dan mencampakkannya ke dalam sungai. Ia adalah satu cerita yang dahsyat dan gambarnya yang ceria bersama keluarga serta gambar mayatnya ditarik keluar dari sungai menular di media sosial.
Ada satu masalah pada kisah ini - iaitu ia tidak benar.
Bahagian yang benar dalam keseluruhan cerita di atas adalah Sumita mendapat gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan yang diambilnya. Selain dari itu adalah rekaan. Tiada pelajar yang cemburu dan mayat yang ditarik keluar dari sungai sebenarnya gambar insiden di Indonesia melibatkan seorang warganegara Afrika.
Namun, ramai yang mudah mempercayai cerita rekaan dan menularkannya tanpa bertanya lanjut. Selamat datang ke dunia berita rekaan.
Sumita yang berumur 15 tahun dan masih hidup merasa terkejut apabila keluarganya menerima panggilan telefon dari rakan dan sanak saudara yang bersimpati dengan berita rekaan tentang kematiannya.
"Ia menjadi satu isu besar, sangat besar". Ibu saya terkejut, bapa saya terkejut. Kami tidak tahu siapakah yang memulakannya", katanya.
Pelajar cekap-teknologi itu sudah pernah melihat mesej tular sebelum ini tetapi tidak pernah menyangka akan menjadi mangsanya.
"Saya tidak tahu bagaimana perasaannya", katanya.
Kebanyakan rakyat Malaysia kini menerima pelbagai berita menerusi media sosial, namun tidak dapat membezakan antara berita benar dan rekaan, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMMM).
SKMM telah menganjurkan kelas kepada hampir 90,000 orang di 700 Pusat Internet 1 Malaysia, menunjukkan contoh cerita rekaan melibatkan MH370, artis dan Pilihanraya Presiden Amerika.
Agensi tersebut terperanjat apabila mendapati sebahagian besar peserta tidak dapat membezakan di antara cerita benar dan cerita rekaan.
Baca selanjutnya: http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/12/23/falling-for-it-hook-line-and-sinker-many-malaysians-cannot-tell-the-difference-between-real-and-fake/
No comments:
Post a Comment