
BAB
1
Sarimah
membelek album biru yang bercorak bunga tulip perlahan-perlahan. Sarimah tersenyum
sendiri kerana setiap gambar itu mempunyai ceritanya sendiri dan mampu mengubat
kerinduannya pada seseorang. Antara
berpuluh gambar yang ditatap, Sarimah keluarkan sekeping gambar, lama
ditatapnya gambar itu.
“
Ibu, kenapa ibu suka sebut bismillah,bismillah,bismillah?
Apa maksudnya tu ibu?” Sarimah memeluk dan mencium pipi merah sikecil itu. Husna
baru berusia 8 tahun ketika itu. Geram Sarimah hingga ingin mencubit saja bibir
Husna yang suka mencebik bila bertanya soalan.
“Bismillah tu maksudnya ‘Dengan nama
Allah’. Bila Husna nak makan, minum, pakai baju dan keluar rumah, ibu selalu
pesan pada Husna supaya jangan lupa baca bismillah.”
“Tapi
yang Husna baca tu panjang…..Bismillahirahmanirahim….
ibu baca pendek je..bismillah.”
Sarimah
tersenyum. Dia memang suka melayan anak tunggalnya ini. Suka bercakap,bertanya
dan kuat merajuk juga. “Bismillah tu dipendekkan daripada perkataan Bismillahirahmanirahim
yang bermaksud ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang’.
Kedua-duanya sama sayang. Ibu baca yang pendek sebagai zikir. Tapi bila Husna
nak lakukan sesuatu lebih baik Husna baca ‘Bismillahirrahmanirrahim..’.
“
Oh macam tu ye ibu. Baiklah Husna pun nk buat mcm ibu la. Bila baca
banyak-banyak nanti Husna pun dapat pahala banyak-banyak. Bila dapat pahala
banyak, Husna dapatlah masuk syurga dengan ibu dan ayah. Ustaz Fariq cakap, syurga
tu cantik sangat. Betulkan ibu?”
“ Assalamualaikum. Ibu, Husna dah balik ni. “
Lamunan
Sarimah terhenti, terkejut dengan kehadiran anak gadisnya itu. Kini Husna sudah
pun menjadi seorang anak gadis yang manis. Walaupun peristiwa yang berlaku itu
sudah 9 tahun berlalu tetapi ia masih segar menemani hari-hari Sarimah.
“
Ibu tengok gambar ni lagi? Hmm…mesti rindu Husna ni. Rindu ibu juga.” Husna
memeluk Sarimah. Kasih Husna pada ibunya tidak dapat ditolak bandingkan. Yang
pasti kasihnya itu adalah selepas Allah dan Rasul. Itulah yang selalu dipesan
Sarimah kepada Husna.
“Awal
Husna balik hari ni? Tak ada kelas tambahan ke?”
Husna
menggeleng. “ Cikgu Ramlah ada kecemasan. Dia batalkan kelas tiba-tiba. Hmm..ibu
masak apa hari ni? Husna lapar la. “
“Hari
ni ibu tak masak la sayang. Ayah nak bawa kita berdua keluar makan. Nak raikan
sesuatu katanya
“
Wah, betul ke Ibu? Tentu ayah naik pangkat ni.”
Sarimah
hanya tersenyum. “ Kalau Husna lapar, Husna isi perut dengan kuih dulu ye.
Nanti masuk angin perut tu hilang selera nak makan makanan istimewa.” Husna
mengangguk dan terus berlalu ke dapur.
Petang
itu sekitar pukul 6, Razif membawa keluarganya keluar makan malam bersama.
Sudah menjadi kebiasaan Razif sekeluarga mengambil makan malam seawal jam 6
petang dan kemudian mereka akan terus berjemaah di masjid atau surau yang
berdekatan. Inilah rutin tarbiyah yang Husna terima sejak seusia 2 bulan lagi.
Ada
bunga-bunga kegembiraan dan kesyukuran di muka Razif. Memang benar tekaan Husna,
ayahnya telah dinaikkan pangkat daripada Pembantu Pengurus kepada Pengurus
Kanan syarikat.
“Alhamdulillah,
syukur atas kurniaan yang Kau berikan Ya Allah. Tahniah ayah. Husna doakan
semoga rezeki ayah melimpah ruah untuk disumbangkan ke jalan Islam.”
“Amin…”
sambut Razif dan Sarimah. “ Terima kasih sayang. Insyaallah, ayah akan memegang
amanah yang diberikan ini sebaik mungkin. Sebenarnya ayah berasa berat sangat
untuk menerima jawatan ini. Bila kita dilantik dengan jawatan yang tinggi maka
akan bertambahlah amanah yang diberikan kepada kita. Bukan sahaja amanah kepada
syarikat, rakan sekerja bahkan amanah kepada Allah juga. Ayah teringat satu
peristiwa pada zaman sahabat Rasulullah s.a.w., Saidina Umar Al-Khattab yang
menjadi Khalifah Islam yang kedua selepas pemergian Saidina Abu Bakar
As-Siddiq. Saidina Umar amat takut untuk memikul tanggungjawab tersebut. Beliau
rasa gelisah dan resah setelah dilantik menjadi khalifah.
Husna
tahu tak kenapa?” Husna menggeleng.
“
Ini kerana beliau tahu azab yang akan diterima jika amanah yang dipikulnya itu
tidak dilaksanakan seadil – adil dan sebaik-baiknya. Berbeza sekali dengan
zaman sekarang, manusia hanya memikirkan
kedudukan dan kemewahan sehingga tidak takut sama sekali akan akibat yang bakal
ditanggung jika amanah dan tanggungjawab itu diabaikan.” Husna
mengangguk-mengangguk tanda setuju dengan pendapat ayahnya itu.
“
Husna juga harus faham, bukan seseorang yang berjawatan sahaja yang mempunyai
amanah. Tetapi kita juga memegang amanah
sebagai hamba Allah di muka bumi ini, wajib melaksanakan amar makruf nahi
mungkar. Seorang suami memegang amanah untuk mendidik isteri supaya rumahtangga
yang dibina adalah berlandaskan Islam. Ibu dan
ayah beramanah untuk membesar dan mendidik anak-anak dengan ilmu dan
amal Islam. Setiap rumahtangga yang dibina akan diuji dan hanya mereka yang
punya iman dan taqwa sahaja, Insyaallah akan berjaya harunginya.” Jelas Sarimah
lagi bagi memberi kefahaman yang terbaik untuk Husna.
Perbualan
mereka terhenti setelah pelayan restoran menghantar pesanan mereka. Razif
membawa mereka makan di sebuah restoran yang menyediakan masakan cina kerana Husna
amat menggemari makanan cina. Husna rasa sangat bertuah kerana mempunyai ibu
dan ayah yang melaksanakan amanah Allah dengan sebaiknya. Husna bersyukur pada
Allah Yang Maha Memberi. Alhamdulillah.
Selepas
makan malam tadi Razif telah membawa mereka sekeluarga ke Masjid Al-Hidayah
berdekatan dengan rumah mereka. Malam ini ada ceramah isu semasa oleh seorang
ustaz yang terkenal. Mereka sampai di rumah sekitar pukul 9.30 malam. Husna
terus meminta izin untuk ke biliknya, ada kerja sekolah yang perlu disiapkan.
Seusai
membaca surah Al-Mulk, Husna terus membaringkan dirinya. Sesuatu yang terpendam
di dalam hatinya bermain-main pula dibenak fikirannya. Teringat perbualan dia, ibu dan ayah petang
tadi. “ Apakah aku telah laksanakan amanah dengan sebaik mungkin?” Pertanyaan
itulah yang keluar dari bibirnya.
Semua
pelajar Sekolah Menengah Kampung Selasih berpusu-pusu masuk ke kelas
masing-masing setelah loceng permulaan waktu pembelajaran berbunyi. Ada juga
yang masih lagi berlegar-legar di depan pagar sekolah kerana didenda lewat oleh
pengawas sekolah. Kelihatan Husna sedang membawa buku kedatangan pelajar masuk
ke kelas 5 Sains.
Begitulah rutin harian Husna, dia akan
mengambil kedatangan rakan sekelasnya dan memungut kerja rumah jika dipesan
oleh guru subjek masing-masing. Pada mulanya Husna menolak jawatan sebagai
ketua kelas tersebut tetapi disebabkan guru kelasnya, Cikgu Ramlah merayu agar
diterima sahaja jawatan itu dia akur kerana kelasnya kekurangan pelajar lelaki
dan rata-rata pelajar lelakinya adalah pengawas sekolah yang mana mereka tidak
boleh dilantik menjadi ketua kelas lagi.
Husna
nekad. Setelah dia selesai tugas mengambil kedatangan, Husna berdiri di depan
kelas. “Assalamualaikum w. b. k. semua . Maaf, Husna nak ambil masa kawan-kawan
sekejap. Semua sudah maklum yang kita
telah memulakan tingkatan lima ini hampir 3 bulan, dan selama 3 bulan ini juga Husna
memegang tanggungjawab sebagai ketua kelas. Betul tak?” Semua mengangguk tanda
setuju.
“
Kenapa ni Husna tiba-tiba je cakap macam tu? Ada masalah ke?” Liyana, kawan
baik Husna kelihatan bimbang melihat muka serius Husna.
“
Sebenarnya Husna tak ada apa-apa masalah cuma Husna berharap sangat kawan-kawan
dapat memberi komen akan prestasi Husna. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk,
apatah lagi membangga diri tapi sebagai muhasabah diri. Husna takut Husna
tersilap pandang, tersalah langkah sebab amanah yang diberikan ini tidak boleh
disalahgunakan. Jadi Husna minta kerjasama kawan-kawan untuk emelkan sebarang
teguran untuk muhasabah diri Husna. Husna hanya mahukan teguran jika ada, tak
perlu pujian. Itu saja. Harap semua dapat memberi kerja sama. Terima kasih.”
Masing-masing
mengangguk senyap. Mungkin terkesima
dengan kata-kata Husna. Bagi Liyana pula, Husna sudah pun menjalankan
tanggungjawabnya sebaik mungkin. Tidak pernah dia melihat Husna cuba untuk lari
dari tanggungjawab.
“Husna..
Husna ada masalah ke?” Tanya Liyana lagi semasa mereka berdua makan bersama di
kantin sekolah. Liyana memandang jam, waktu rehat tinggal 10 minit saja lagi
tetapi nasi goreng di dalam pinggan Husna kelihatan tidak disentuh langsung.
“Eh,
tak ada apa-apalah. Husna baik je.”
“Kalau
tak ada apa-apa kenapa nasi goreng tu tak dijamah langsung? Kesian nasi tu
menangis, waktu rehat pun dah nak habis ni.” Husna terus menyuap mulutnya. Dia
pun harus cepat kerana ada janji dengan Ustazah Hasiah. Guru agama mereka
meminta pertolongannya untuk membawa buku latihan yang sudah ditanda ke bilik
darjah.
“
Husna, kalau awak ada masalah kongsilah dengan saya. Jika saya tak dapat
membantu pun, Insyaallah akan kurang sikit bebanan dalam hati awak tu. Saya
tengok keadaan awak ni pelik sejak pagi tadi.” Liyana cuba mengorek rahsia hati
Husna. Bimbang melihat keadaan Husna yang termenung sahaja sejak dari pagi
tadi.
Dalam
keadaan tergesa-gesa Husna bangun setelah dia berjaya menghabiskan makanannya
itu. “Baiklah, nanti lepas tamat waktu persekolahan kita jumpa di perpustakaan
taman. Husna nak cepat ni. Nak jumpa Ustazah Hasiah. Ok Yana?” Liyana
bersetuju. Dia pun memang bercadang untuk ke sana petang ini setelah Cikgu
Nasir, guru matematik mereka membatalkan kelas tambahan tetapi ada latihan yang
perlu disiapkan dan dihantar esok.
Malam
itu, seusai berjemaah isyak di surau berdekatan rumah bersama ibu dan ayah, Husna
membuka emelnya dan melihat kalau-kalau ada rakan sekelas menghantar emel
padanya. Terngiang-ngiang kata-kata Liyana di benak fikirannya.
“Apa yang ayah Husna sampaikan itu memang
betul. Sebagai seorang hamba yang memegang pelbagai amanah di atas muka bumi
ini, kita wajib melaksanakannya seadil-adilnya. Cara Husna minta pendapat
kawan-kawan itu pun bagus, cuma Liyana harap Husna jangan terlalu memikirkan
kesempurnaan, risau tak bertempat.”
“Risau
tak bertempat?” Husna memandang Liyana dengan wajah yang keliru.
“Yalah,
tengok macam hari ini, Husna hilang fokus dalam kelas disebabkan perkara itu.
Jangan lupa kita juga ada amanah sebagai seorang pelajar. Jika kita terlampau
memikirkan kesempurnaan terhadap satu perkara sahaja, kebajikan terhadap
perkara yang lain boleh terabai. Jadi pada pendapat Liyana, Husna perlu ada
keseimbangan dalam diri. Liyana faham, mendengar cerita dari ayah Husna
menyebabkan Husna takut dan bimbang. Itu tandanya kita masih ada iman, tetapi janganlah
rasa bimbang itu memakan diri pula. Bagi Liyana, Husna sudah melakukan yang
terbaik.”
Husna
senyum sendiri di depan desktopnya. Dia amat bersyukur mempunyai seorang
sahabat yang baik seperti Liyana. Sejak berkenalan dengan Liyana 4 tahun lalu semasa memulakan sesi persekolan
tingkatan 1, Liyana adalah insan pertama yang memberi salam dan menghulurkan
salam persahabatan kepadanya. Budi pekerti Liyana berjaya memaut hati Husna
untuk terus menyambut persahabatan itu.
Setelah
membaca kesemua emel yang diterima, kebanyakannya memberikan komen yang
positif. Husna bersyukur lagi atas nikmat yang Allah berikan, mempunyai
rakan-rakan seperjuangan yang membantu.
Alhamdulillah,
Segala puji hanya bagi Allah.
No comments:
Post a Comment