Jadikan masjid/surau rumah kedua anda
Moh Ke Masjid/Surau..
# Masjid/Surau merupakan rumah ibadah bagi kita orang-orang muslim. Selain itu juga, masjid/surau adalah lambang perpaduan bagi sesuatu komuniti penduduk setempat. Ada juga sesetengah tempat didirikan surau dijadikan surau diri jumaat dan ada juga daripada surau dinaikkan taraf sebagai masjid.
# Walaubagaimanapun, masjid/surau akan sepi apabila kurangnya jemaah menghadirkan diri ke masjid/surau. Tidak kira masjid/surau akan hilang seri apabila sejadah lagi banyak dari jemaah. Penting bagi seorang ketua komuniti setempat memandang dengan serius apabila jemaah kurang hadir samaada di masjid/surau. Kita takut kita akan disoal di Akhirat kerana kita tidak memimpin penduduk setempat pergi ke masjid/surau.
# Tugas mengimarahkan masjid/surau merupakan tanggungjawab setiap jemaah. Berusahalah setakat mana yang termampu. Moga-moga usaha yang kecil besar di sisi ALLAH.
# Setiap jemaah mulakan dakwah dengan keluarga dahulu. Galakkan mereka hadir ke masjid/surau yang terdekat. Setelah kita mampu mendidik keluarga barulah kita fokuskan sahabat dan jiran yang terdekat. Ayuh perkasakan masjid/surau!. Jadikan masjid/surau rumah kedua anda.
No comments:
Post a Comment