DESIGNER tidak perlu rasa tergugat dengan hasil orang lain kerana KELEBIHAN KITA adalah KEISTIMEWAAN KITA
💊 KAPSUL DESIGNER (8)
Mencipta Design Logo Yang Gempak
🔴Designer perlu memahami jenis logo atau fungsi logo sebelum menghasilkannya agar ia memberi kesan serta memuaskan hati pelanggan walaupun ada ketikanya terpaksa melayan kehendak pelbagai.
🔴Berikut adalah jenis-jenis logo yang biasa dihasilkan:
🔘 Word Mark
💡 Jenis ini hanya menggunakan PERKATAAN SAHAJA seperti Subway, Panasonic dan Air Asia.
🔘 Letter Mark
💡Kategori ini hampir sama dengan WordMark cuma ia menggunakan GABUNGAN HURUF bukan perkataan antaranya seperti CK , TM , CNN dan F&N
🔘 Picturial Mark
💡Logo jenis ini menggunakan ilustrasi simbol tertentu bagi memberikan satu maksud. Ia memerlukan kreativiti dan beberapa kesungguhan untuk impak terbaik. Contohnya seperti Timberland, Twiter, SHELL.
🔘 Abstract Mark
💡 Logo kategori ini menggunakan satu simbol abstrak yang sukar difahami bila kali pertama melihatnya.Ilustrasinya halus dan memberikan maksud berlainan bagi menyatakan intipati sebenar yang dikehendaki. Antara yang menggunakan jenis ini seperti CIMB, Petronas, Blackberry.
💬 DESIGNER ada KELEBIHAN masing-masing dalam menghasilkan setiap bahan oleh kerana itu DESIGNER tidak perlu rasa tergugat dengan hasil orang lain kerana KELEBIHAN KITA adalah KEISTIMEWAAN KITA.
Belajar Dan Kuasai Teknik Dalam Mendapatkan Hasil Terbaik👍🏻👍🏻👍🏻
Walid Ameerul Haq
No comments:
Post a Comment