Pages

Mee Rebus Kegemaran Seisi Keluarga

Mee rebus kegemaran seisi keluarga
Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning
  • 500 gram ayam dipotong kecil
  • Bebola ikan 
  • 300 gram udang dibuang kulit
  • 4 sudu besar rempah kari ayam 
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 keping kek ikan 
  • 1 biji kentang - rebus dan lecek halus
  • 1 kg kerang - rebus terlebih dahulu dan ambil isi
  • 2 cawan air dari rebusan udang yang dibuang
  • 2 cawan santan cair
  • 2 keping asam gelugor

Bahan dikisar Halus
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering- rebus dan toskan
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut
  • 1 batang serai - hiris nipis

Bahan Untuk Rempah Tumis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 2 tangkal daun kari
  • 1 batang kayu manis

Bahan Untuk Hiasan
  • 4 biji telur - potong 2 bahagian
  • bawang goreng
  • 4 biji tauhu digoreng dan dihiris
  • daun bawang
  • cili merah
  • liamu kasturi - potong 2 bahagian
  • taugeh
  • 2 tangkai sawi - potong dan rebus
  • rebusan udang (tidak wajib)

Cara Penyediaan 

#Panaskan air sehingga mendidih kemudian celur mee kuning seketika. angkat dan toskan

#Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. tumis bahan rempah sampai naik bau kemudian masukan juga bahan kisar halus dan pes rempah kari. kacau sampai sedikit agak garing dan sampai pecah minyak

#Selepas itu masukan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. tuang sanatan cair dan air rebusan udang. selepas tu masak sampai kuah mendidih

#Masukan udang, kek ikan, kerang, kentang, asam glugor, bebola ikan, dan santan pekat. kacau kembali kuah tadi supaya semasa proses memasak tidak pecah minyak.

#Masukan sedikit gula dan garam secukup rasa dan akhir sekali, hidangkan mee bersama hiasan dan kuah secukupnya.

Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Unknown

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Related Posts:

No comments:

Post a Comment