Wei, itula suami aku! Handsome kan!
Oleh Dr Nurul Huda Ariza
Saja nak cerita.
Ini kisah kawan saya.
Dia ada seorang kawan. Sama-sama posting di satu jabatan. Kawannya dah berkahwin. Suaminya juga seorang doktor. Tapi si suami masih di hospital lain. Menunggu tempat di hospital isterinya bekerja sekarang.
Si isteri selalu bercerita tentang suami. Suaminya handsome. Suaminya bijak. Sesiapa tengok pasti tertawan. Tinggi lampai, tegap. Sekali pandang iras Bradd Pitt.
Wah. Kawan saya ni pun jadi over exited nak tengok suami kawannya. Kalau saya pun, mesti excited jugak. Bukan mudah nak jumpa lelaki complete set. (Walaupun bagi saya suami saya dah cukup complete. Hehehe)
Hari itu, hari suaminya lapor diri. Excited tak terkira kawan saya nak tengok suami orang yang handsome ala Bradd Pitt ni.
Di kaunter sebuah wad kawan saya duduk sambil menulis nota pesakit. Seorang lelaki tinggi, rambut dicukur rapat, (setakat itulah penerangan tentangnya) masuk ke dalam wad.
"Wei, itula suami aku! Handsome kan!"
Kawan saya mengangguk sambil sedikit ternganga. Senyum dan sengih nampak sangat lakonnya. Nasib baik kawan di sebelah dah kelabu mata tengok suami di depan mata.
Hahahaha. Berair mata saya. Apa kata kawan saya..
"Kak Nurul, suami dia bukan tak handsome. Ok je. Tapi dah bila dia cerita handsome bagai, macam Bradd Pitt, orang ni dah bayangkan..wahhh!! Bila suami dia masuk....hahahaha."
Tak terkata dia, terus gelak.
Suami kita, mesti paling handsome dimata kita. Bagus la kawannya tadi memuja suami begitu sekali. Tapi mata dan hati kita lain-lain sekali.
Bab rupa sangat subjektif. Saya kata Rajnikanth handsome, awak awak awak setuju tak? :p
Jadi, pada pendapat saya, soal rupa jangan kita bicara. Makcik-makcik pi kenduri kendara, jangan dok banding rupa mempelainya. Dari berpahala, langsung dosa percuma. Ingat bila kita mengata, mungkin tiba masa kita pula terkena.
(Maafkan saya juga gelak tadi. Tapi jangan over boleh tak? :p)
No comments:
Post a Comment