Pages

Viral: Lelaki tak beradab potong barisan, tunjuk isyarat lucah

Orang lain beratur panjang hampir setengah jam sampai sesak di belakang, dia boleh terus masuk, kemudian bila orang hon dan memintanya beratur dia tidak berpuas hati


PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki Melayu menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah kirinya dipercayai selepas memotong barisan di plaza tol menjadi viral di laman sosial Facebook, hari ini.

Insiden itu menjadi viral selepas pengguna Facebook, Neysa Anwar memuat naik 6 gambar menunjukkan lelaki terbabit yang memandu kereta Perodua Myvi memotong barisan ketika beratur di plaza tol.

“Lelaki ini sangat mementingkan diri dan tiada adab. Orang lain beratur panjang hampir setengah jam sampai sesak di belakang, dia boleh terus masuk, kemudian bila orang hon dan memintanya beratur dia tidak berpuas hati."

“Dia keluar ketuk cermin dan kemudiannya tunjuk jari tengah. Dia langsung tidak angkat tangan atau meminta maaf. Orang belakang beratur panjang dan hon juga,” kata Neysa dalam status Facebook miliknya."

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/27/pemandu-beri-isyarat-lucah-selepas-potong-barisan-di-plaza-tol/

editor

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Related Posts:

No comments:

Post a Comment